Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 27

(a)

mana-mana orang kena cukai—

(i)

tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 13;

(ii)

tidak mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 26; atau

(iii)

mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh Ketua

Pengarah tidak lengkap atau tidak betul;

(aa) mana-mana pemberi perkhidmatan asing tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 56C;

(ab) mana-mana orang berdaftar asing—

(i)

tidak mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 56H; atau 48

Undang-Undang Malaysia

(ii)

mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh

Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul; atau

(b)

mana-mana orang selain orang kena cukai yang, dalam menjalankan perniagaannya, memperoleh apa-apa perkhidmatan bercukai diimport—

(i)

tidak mengemukakan suatu perisytiharan di bawah seksyen 26A; atau

(ii)

mengemukakan suatu perisytiharan yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,

Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 26(7), 26A(3)

atau 56I(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, jika ada, oleh orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu atau orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.

(2)

Jika suatu amaun telah dibayar kepada mana-mana orang sebagai pembayaran balik cukai perkhidmatan di bawah Akta ini yang sepatutnya tidak dibayar kepadanya, Ketua Pengarah boleh menaksir amaun pembayaran balik itu sebagai cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.

(3)

Taksiran di bawah subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh cukai perkhidmatan itu telah genap masa dan kena dibayar atau dari tarikh pembayaran balik cukai perkhidmatan itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang berhubung dengan cukai perkhidmatan atau pembayaran bayaran balik itu, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan cukai perkhidmatan atau pembayaran balik cukai perkhidmatan yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran sengaja itu, membuat suatu taksiran pada bila-bila masa.

Cukai Perkhidmatan 49

(4)

Jika—

(a)

Ketua Pengarah telah membuat suatu taksiran cukai perkhidmatan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan subperenggan (1)(a)(i) atau (ii);

(b)

cukai perkhidmatan yang ditaksir di bawah perenggan (a)

telah dibayar tetapi tiada penyata dikemukakan bagi tempoh bercukai yang berhubungan dengan taksiran itu; dan

(c)

orang kena cukai tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh bercukai yang berikutnya,

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menaksir suatu amaun cukai perkhidmatan yang lebih tinggi daripada amaun yang selainnya patut dipertimbangkannya sebagai wajar.

(5)

Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa amaun yang sepatutnya telah ditaksir dalam suatu taksiran di bawah subseksyen (1), (2)

atau (4) melebihi amaun yang ditaksir sedemikian, dia boleh—

(a)

di bawah peruntukan yang sama sebagaimana yang taksiran itu dibuat; dan

(b)

dalam hal orang kena cukai atau orang berdaftar asing, dalam tempoh bercukai yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat, atau dalam hal orang yang disebut dalam perenggan (1)(b), dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen 26A(1), membuat suatu taksiran tambahan bagi amaun yang terlebih itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis dengan sewajarnya.

(6)

Jika amaun cukai perkhidmatan dan penalti, jika ada, telah ditaksir dan diberitahu menurut subseksyen (1), (2) atau (5), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar, oleh orang itu dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan amaun

50

Undang-Undang Malaysia cukai perkhidmatan dan penalti itu, jika ada, hendaklah dibayar oleh orang itu, sama ada atau tidak orang itu merayu terhadap taksiran itu, kepada Ketua Pengarah melainkan jika atau kecuali setakat taksiran itu ditarik balik atau dikurangkan oleh Ketua Pengarah.

(7)

Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan atau penambahan kepada taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk memastikan taksiran itu betul dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis.

Mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik