Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(a)
mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang terhutang atau terakru atau boleh menjadi terhutang dan kena dibayar kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu;
54
Undang-Undang Malaysia
(b)
mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu;
(c)
mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk mana-mana orang untuk pembayaran kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu; atau
(d)
mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu, supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam masa yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang itu, yang bukan gaji atau upah yang terhutang atau terakru kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu, atau sekian banyak daripada wang itu yang cukup untuk membayar jumlah wang yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar itu oleh orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu sebagaimana yang disebut terdahulu.
(2)
Suatu salinan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada orang kena cukai atau orang berdaftar asing di alamatnya yang terakhir diketahui.
(3)
Semua bayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dibuat bagi pihak orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu dan dengan kuasa daripada orang kena cukai atau orang berdaftar asing itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan kepadanya maklumat—
(a)
mengenai apa-apa wang, dana atau aset yang boleh dipegang oleh orang itu bagi pihak mana-mana orang lain; atau
Cukai Perkhidmatan 55
(b)
mengenai apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar olehnya kepada mana-mana orang lain.
Mendapatkan balik cukai perkhidmatan sebelum kena dibayar daripada orang yang hendak meninggalkan Malaysia