Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 31

(a)

apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 26(4) atau 26A(1);

(b)

apa-apa penalti yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 26(7) atau 26A(3);

(c)

apa-apa surcaj yang terakru olehnya di bawah subseksyen 32(3);

(d)

apa-apa fi yang kena dibayar olehnya di bawah Akta ini;

atau

(e)

apa-apa wang lain yang boleh didapatkan balik daripadanya di bawah Akta ini,

56

Undang-Undang Malaysia

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah

Imigresen suatu notis yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan kesalahan yang dilakukan dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dia membayar cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati Ketua

Pengarah bagi pembayarannya.

(2)

Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen yang menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk mengambil dan menahan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain berhubung dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menguatkuasakan permintaan itu.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis di bawah subseksyen (1) disampaikan secara ke diri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang berhubungan dengan permintaan itu.

(4)

Ketidakterimaan notis di bawah subseksyen (1) oleh orang yang disebut dalam subseksyen (3) tidak boleh menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini.

(5)

Jika orang yang berkenaan dengannya suatu notis telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan, pada atau selepas tarikh notis itu, suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang dinyatakan dalam notis itu telah dibayar, atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi untuk membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia.

(6)

Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dibuat terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di bawah seksyen ini.

Cukai Perkhidmatan 57

Pembayaran secara ansuran

Section 31 — SERVICE TAX ACT 2018 | mylaw.my