Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Jika cukai perkhidmatan dibenarkan untuk dibayar secara ansuran, penalti di bawah subseksyen 26(7) atau 26A(3) hendaklah terhenti dikira dari tarikh Ketua Pengarah membenarkan pembayaran secara ansuran itu.
(3)
Jika berlaku keingkaran dalam pembayaran apa-apa ansuran di bawah subseksyen (1) pada tarikh genap masanya bagi pembayaran baki amaun yang genap masa dan kena dibayar, keseluruhan baki belum jelas itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang terhutang itu, tertakluk pada suatu surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki itu dan surcaj itu hendaklah boleh didapatkan balik seolah-olah surcaj itu adalah terhutang dan kena dibayar di bawah Akta ini.
(4)
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Tanggungan pengarah, dsb.