Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 33

(a)

pengarah syarikat itu;

58

Undang-Undang Malaysia

(b)

pegawai pematuhan yang dilantik dalam kalangan pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu atau jika tiada pegawai pematuhan dilantik sedemikian, mana-mana pekongsi atau semua pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu;

(c)

pekongsi firma itu;

(d)

pemegang jawatan pertubuhan itu; atau

(e)

orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan kumpulan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu.

(2)

Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah wang yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu.