Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(3)
Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya—
(a)
mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital yang diberikan atau mana-mana perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh; atau
(b)
mengarahkan Ketua Pengarah untuk membuat pembayaran balik kepada mana-mana orang atau golongan orang keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan atau penalti yang dibayar oleh orang atau golongan orang itu.
(4)
Jika orang berdaftar memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau orang berdaftar asing memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada seseorang atau golongan orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (1) atau perenggan (3)(a), orang berdaftar itu atau orang berdaftar asing itu hendaklah dikecualikan daripada mengenakan dan memungut cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar atas perkhidmatan bercukai atau perkhidmatan digital itu.
(5)
Jika mana-mana orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (1) atau perenggan (3)(a) tidak mematuhi apa-apa syarat yang berhubungan dengan pengecualian itu, apa-apa cukai perkhidmatan yang menjadi perkara kepada pengecualian itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang itu pada tarikh mana-mana syarat itu tidak dipatuhi.
(6)
Jika seseorang yang telah diberikan pengecualian di bawah subseksyen (1) atau perenggan (3)(a) telah membayar apa-apa cukai perkhidmatan yang berhubungan dengan pengecualian itu dan yang telah diberi kelulusan oleh Menteri bagi pembayaran balik amaun
60
Undang-Undang Malaysia cukai perkhidmatan yang telah dibayar, orang itu adalah berhak bagi pembayaran balik itu.
Pembayaran balik melalui pemotongan cukai perkhidmatan