Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 35

(a)

keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan yang kena dibayar kepada orang itu telah dihapus kira dalam akaunnya sebagai hutang lapuk; dan

Cukai Perkhidmatan 61

(b)

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa segala usaha yang munasabah telah dibuat oleh orang itu untuk mendapatkan balik cukai perkhidmatan itu.

(2)

Jika orang yang membuat tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1) berhubung dengan hutang lapuk—

(a)

tidak menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan pemberian perkhidmatan bercukai itu, orang itu boleh membuat tuntutan bagi bayaran balik keseluruhan cukai perkhidmatan yang telah dibayar itu; atau

(b)

telah menerima apa-apa bayaran berkenaan pemberian perkhidmatan bercukai itu, orang itu boleh membuat tuntutan bagi perbezaan antara cukai perkhidmatan yang telah dibayar dengan amaun yang dikira mengikut formula yang berikut:

A x C

B iaitu A ialah bayaran yang diterima berkenaan dengan pemberian perkhidmatan bercukai itu;

B ialah nilai perkhidmatan bercukai itu ditambah dengan cukai perkhidmatan yang kena dibayar atas perkhidmatan bercukai itu; dan

C ialah cukai perkhidmatan yang kena dibayar atas perkhidmatan bercukai itu.

(3)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai perkhidmatan berhubung dengan hutang lapuk dalam masa enam tahun dari tarikh cukai perkhidmatan dibayar olehnya dan

62

Undang-Undang Malaysia

Ketua Pengarah boleh membayar balik keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan itu selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sewajarnya.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “hutang lapuk” ertinya amaun belum jelas bagi bayaran berkenaan dengan pemberian perkhidmatan bercukai termasuk cukai perkhidmatan yang terhutang kepada seseorang yang merupakan, atau telah terhenti menjadi, orang berdaftar tetapi tidak dibayar kepada, dan tidak boleh didapatkan balik oleh, orang itu.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Pembayaran semula cukai perkhidmatan berhubung dengan hutang lapuk