Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 37

(a)

keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, di bawah Akta ini tidak dibayar oleh seseorang;

atau

(b)

keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, selepas bayaran dibuat, telah dibayar balik secara silap kepada seseorang,

Ketua Pengarah hendaklah menuntut daripada orang itu untuk membayar cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu, atau untuk membayar semula bayaran balik yang dibayar kepadanya secara silap.

(2)

Tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh—

(a)

cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu telah kena dibayar, atau cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu telah dibayar; atau

(b)

pembayaran balik itu telah dibuat.

64

Undang-Undang Malaysia

(3)

Apabila tuntutan di bawah subseksyen (1) diterima, orang itu hendaklah—

(a)

membayar cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang terkurang itu; atau

(b)

membayar semula bayaran balik yang telah dibayar secara silap kepadanya.

Pembayaran balik cukai perkhidmatan, dsb., yang terlebih bayar atau dibayar secara silap