Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Tertakluk pada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain kuasa yang diberikan di bawah seksyen 6, 40, 41 dan 90.
(3)
Mana-mana orang, selain seorang pegawai cukai perkhidmatan boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan, Ketua
Pengarah bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang
Cukai Perkhidmatan 17
berhubungan dengan cukai perkhidmatan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai cukai perkhidmatan bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.
(4)
Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis, memberi mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bukan pegawai kanan cukai perkhidmatan semua atau mana-mana kuasa seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.
(5)
Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya peruntukan Akta ini.
Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam