Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 44

(a)

ketetapan kastam itu mengandungi suatu kesilapan yang perlu diperbetulkan;

(b)

ketetapan kastam itu berdasarkan suatu kesilapan fakta atau undang-undang;

(c)

terdapat perubahan dalam undang-undang yang berhubungan dengan cukai perkhidmatan; atau

(d)

terdapat perubahan dalam fakta material atau hal keadaan yang menjadi asas kepada ketetapan kastam itu.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah, sebaik selepas membuat pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu, memberikan notis secara bertulis kepada pemohon yang disebut dalam seksyen 42 mengenai pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu dan ketetapan kastam yang dipinda, diubah suai atau dibatalkan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2) dan tertakluk pada seksyen 38, jika pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan suatu ketetapan kastam mempunyai kesan dalam mengurangkan apa-apa tanggungan cukai perkhidmatan berkenaan dengan mana-mana perkhidmatan bercukai, apa-apa cukai perkhidmatan yang lebih tinggi yang telah dibayar hendaklah dianggap seolah-olah cukai perkhidmatan yang lebih tinggi itu telah tersilap bayar.

Ketua Pengarah hendaklah mengisytiharkan ketetapan kastam terbatal, dsb.