Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Ketetapan kastam yang berbeza mengenai hal perkara yang sama
Jika pemohon yang disebut dalam seksyen 42 menerima dua atau lebih ketetapan kastam yang berbeza mengenai hal perkara yang sama, ketetapan-ketetapan itu hendaklah dianggap sebagai terbatal dan tidak sah, dan pemohon itu hendaklah dengan segera memberitahu Ketua
Pengarah yang hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu, membuat suatu ketetapan kastam yang baharu.