Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Walau apa pun seksyen 7, tiada cukai perkhidmatan boleh dikenakan dan dilevikan ke atas apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan di dalam atau di antara kawasan khas atau di antara kawasan khas dengan kawasan ditetapkan melainkan jika Menteri menetapkan selainnya melalui suatu perintah di bawah seksyen 56.
Perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang yang tempat perniagaan utamanya terletak di kawasan khas