Malaysia legislation

Section 56A

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 56A

(2)

Nilai perkhidmatan digital yang baginya cukai perkhidmatan kena dibayar hendaklah nilai yang dikenakan oleh orang berdaftar asing itu.

(3)

Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital hendaklah dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan mengikut subseksyen 10(2) dengan merujuk kepada nilai yang dikenakan oleh orang berdaftar asing itu.

(4)

Cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan digital yang diberikan kepada pengguna hendaklah menjadi genap masa pada masa pembayaran bagi perkhidmatan digital itu diterima oleh orang berdaftar asing itu.

(4A)

Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar asing dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan cukai perkhidmatan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan digital yang diberikan oleh orang berdaftar asing itu menjadi genap masa pada masa invois itu dikeluarkan.

74

Undang-Undang Malaysia

(4B)

Jika orang berdaftar asing terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D, cukai perkhidmatan hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada hari penyata itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen 56H(4A).

(5)

Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tanggungan untuk berdaftar