Malaysia legislation
Section 56B
Seksyen 56B
(2)
Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada seseorang pengguna bertanggungan untuk berdaftar pada masa yang berikut, mana-mana yang lebih awal:
(a)
pada akhir mana-mana bulan, jika jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu telah melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen (1); atau
(b)
pada akhir mana-mana bulan, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan oleh seorang pemberi perkhidmatan asing kepada seorang pengguna dalam
Cukai Perkhidmatan 75
bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu yang disebut dalam perenggan (2)(a) tidak diambil kira jika—
(a)
pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu dibatalkan, selain di bawah subseksyen 56F(3), dalam tempoh itu; dan
(b)
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebelum pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu dibatalkan, pemberi perkhidmatan asing itu telah memberikan semua maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi menentukan sama ada untuk membatalkan pendaftaran itu atau tidak.
Permohonan bagi pendaftaran pemberi perkhidmatan asing