Malaysia legislation
Section 56C
Seksyen 56C
(2)
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Ketua
Pengarah boleh meluluskan permohonan itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan olehnya dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
(3)
Ketua
Pengarah hendaklah mendaftarkan pemberi perkhidmatan asing di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh pemberi perkhidmatan asing itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.
(4)
Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau
76
Undang-Undang Malaysia dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar