Malaysia legislation
Section 56D
Seksyen 56D
Mana-mana orang berdaftar asing hendaklah terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar jika—
(a)
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa dia telah berhenti memberikan perkhidmatan digital;
(aa) Ketua Pengarah berpuas hati bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu tidak melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen 56B(1); atau
(b)
dia telah didaftarkan di bawah subseksyen 13(2) atau (4).
Pemberitahuan pemberhentian tanggungan