Malaysia legislation
Section 56H
Seksyen 56H
Undang-Undang Malaysia
(2)
Orang berdaftar asing boleh memohon secara bertulis kepada
Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
(3)
Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2) diterima—
(a)
membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;
Cukai Perkhidmatan 79
(b)
menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
(c)
mengubah tempoh bagi tempoh bercukai itu.
(3A)
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menentukan semula mana-mana tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan di bawah subseksyen (1) atau (3) bagi orang berdaftar asing.
(4)
Orang berdaftar asing hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukainya, mengakaunkan cukai perkhidmatan yang genap masa, dalam suatu penyata, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah dan penyata itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukainya yang berhubungan dengan penyata itu.
(4A)
Orang berdaftar asing yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D hendaklah mengemukakan penyata tidak lewat daripada tiga puluh hari atau apa-apa tarikh terkemudian mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya orang berdaftar asing itu didaftarkan.
(4B)
Tertakluk pada subseksyen (4) dan (4A), suatu penyata hendaklah disifatkan telah dikemukakan apabila penyata itu telah diterima oleh Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(5)
Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah perenggan (3)(c)
dan walau apa pun subseksyen (4), penyata itu hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu.
(6)
Penyata yang disebut dalam subseksyen (4), (4A) dan (5)
hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai perkhidmatan yang kena dibayar atau tidak.
80
Undang-Undang Malaysia
(7)
Mana-mana orang berdaftar asing yang—
(a)
melanggar subseksyen (4), (4A) atau (5); atau
(b)
mengemukakan suatu penyata yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembayaran cukai perkhidmatan