Malaysia legislation
Section 56I
Seksyen 56I
(2)
Jika apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh orang berdaftar asing itu selepas hari terakhir cukai perkhidmatan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang berdaftar asing itu hendaklah membayar—
(a)
untuk tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar;
(b)
untuk tempoh tiga puluh hari kedua yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan
Cukai Perkhidmatan 81
(c)
untuk tempoh tiga puluh hari ketiga yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar.
(3)
Mana-mana orang berdaftar asing yang tidak membayar kepada
Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(4)
Tertakluk pada subseksyen (6), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(c).
(5)
Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang berdaftar asing yang disabitkan dengan kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
(6)
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3)
boleh dimulakan terhadap mana-mana orang berdaftar asing yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (2) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
Kewajipan untuk menyimpan rekod