Malaysia legislation
Section 56J
Seksyen 56J
(a)
semua rekod pemberian perkhidmatan digital oleh orang berdaftar asing itu termasuk invois dan resit; dan
(b)
semua rekod lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
(2)
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu.
(3)
Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.
(4)
Suatu salinan rekod itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding setakat yang sama sebagaimana rekod itu sendiri.
(5)
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penyampaian notis, dsb., ke atas orang berdaftar asing