Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
(2)
Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang dalam kuasa orang itu untuk mengemukakannya, dan yang merupakan—
(a)
barang, dokumen, artikel atau benda yang digunakan dalam mana-mana transaksi atau perkara lain yang berhubungan dengan cukai perkhidmatan; atau
(b)
barang, dokumen, artikel atau benda yang menjadi kewajipan pegawai cukai perkhidmatan yang hak untuk menyiasat di bawah Akta ini, hendaklah mengemukakan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
(3)
Jika apa-apa maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan dalam tempoh yang munasabah suatu terjemahan bagi maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak itu.
(4)
Mana-mana orang—
(a)
yang melanggar subseksyen (1) atau (2); atau 84
Undang-Undang Malaysia
(b)
yang tidak mengemukakan suatu terjemahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan.
Akses kepada tempat atau premis