Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(2)
Jika mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), orang yang menjalankan perniagaannya atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis pada masa ia dimasuki hendaklah memberikan kepada pegawai itu segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kewajipannya di bawah seksyen ini.
(3)
Jika mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini, dia boleh—
(a)
menghendaki orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda, yang orang itu dikehendaki untuk menyimpannya di bawah peruntukan Akta ini, atau yang berhubungan dengan mana-mana perkhidmatan bercukai;
(b)
memeriksa apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda dan mengambil salinan apa-apa dokumen;
(c)
menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang, pada pendapatnya, boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini;
Cukai Perkhidmatan 85
(d)
menghendaki orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis itu, atau mana-mana orang yang diambil kerja oleh orang itu untuk menjawab soalan yang berhubungan dengan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda, atau apa-apa catatan dalam mana-mana dokumen, atau mana-mana perkhidmatan bercukai;
(e)
menghendaki apa-apa bekas, sampul atau bekas muatan lain di tempat atau premis itu dibuka; atau
(f)
atas risiko dan perbelanjaan orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang yang berada di tempat atau di premis itu, membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan, atau apa-apa barang atau bahan, di tempat atau di premis itu.
(4)
Jika pegawai kanan cukai perkhidmatan yang bertindak di bawah seksyen ini tidak mendapat akses kepada mana-mana tempat atau premis di mana seseorang yang memberi perkhidmatan menjalankan perniagaannya, atau kepada mana-mana bekas muatan yang terdapat di dalam tempat atau premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki tempat atau premis itu, dan membuka bekas muatan itu mengikut apa-apa cara, jika perlu dengan kekerasan, sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer