Malaysia legislation

Section 59

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 59

(2)

Sebagai tambahan, seseorang pegawai kanan cukai perkhidmatan yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 58, 60

dan 61—

(a)

boleh memeriksa pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan

(b)

boleh menghendaki—

(i)

orang yang olehnya atau bagi pihaknya pegawai kanan cukai perkhidmatan itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau

(ii)

orang yang menjaga, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data itu, untuk memberi pegawai itu apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami.

Majistret boleh mengeluarkan waran geledah