Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pengiktirafan jawatan
(2)
Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu
18
Undang-Undang Malaysia enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta oleh orang itu.
(3)
Mana-mana orang, yang bukan seorang pegawai cukai perkhidmatan, yang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan dengan cara yang menyalahi undang-undang, selain semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—
(a)
apa-apa pakaian seragam yang ditetapkan di bawah seksyen 8A Akta Kastam 1967 atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti, atau yang mengandungi tanda tersendiri yang terdapat pada, pakaian seragam itu; atau
(b)
apa-apa kad kuasa atau lencana yang ditetapkan, atau kad kuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, yang disebut dalam subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kerahsiaan maklumat