Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Undang-Undang Malaysia
(a)
untuk memasuki tempat, premis atau pengangkut itu dan untuk menggeledah dan menyita barang, dokumen, artikel atau benda itu; dan
(b)
untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat, premis atau pengangkut itu yang dalam milikannya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
(2)
Pegawai kanan cukai perkhidmatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat, premis atau pengangkut itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan;
(b)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan
(c)
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam tempat, premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran