Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
Apabila pegawai kanan cukai perkhidmatan mendapati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut ada disembunyikan atau disimpan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan
88
Undang-Undang Malaysia di bawah Akta ini dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah barang, dokumen, artikel atau benda itu mungkin akan dipindahkan, dia boleh menjalankan dalam, ke atas dan berkenaan dengan tempat, premis atau pengangkut itu, semua kuasa di bawah seksyen 60 mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Penyitaan barang, dsb.