Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
(a)
semua barang, dokumen, artikel atau benda yang berkenaan dengannya pegawai cukai perkhidmatan yang hak itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini, atau apa-apa kemungkiran mana-mana syarat yang tertakluk padanya suatu pendaftaran telah diluluskan di bawah seksyen 13 dan 14; dan
(b)
apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai mempunyai kesan terhadap kesalahan, pelanggaran atau kemungkiran yang disebut dalam perenggan (a).
(2)
Bilamana apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda disita di bawah Akta ini, pegawai cukai perkhidmatan yang hak hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis tentang penyitaan itu dan alasan penyitaan itu kepada pemunya barang, dokumen, artikel atau benda itu, jika diketahui, sama ada dengan menyampaikan notis itu kepadanya secara ke diri atau melalui pos ke tempat kediamannya.
(3)
Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut
Cukai Perkhidmatan 89
yang di dalamnya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai, dan apa-apa artikel yang digunakan untuk menyembunyikan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
(4)
Jika seseorang pegawai kanan cukai perkhidmatan berpuas hati bahawa barang, dokumen, artikel atau benda yang disita itu tidak dikehendaki bagi maksud siasatan, pendakwaan atau mana-mana prosiding di bawah Akta ini, dia boleh memulangkan semula barang, dokumen, artikel atau benda itu kepada—
(a)
pemunya barang, dokumen, artikel atau benda itu; atau
(b)
orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya, barang, dokumen, artikel atau benda itu disita.
Kuasa untuk mengelak