Malaysia legislation

Section 63

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 63

(a)

mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan, atau mengambil kerja atau menolong mana-mana orang untuk melakukan, atau bersubahat dalam pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah ada dalam milikannya apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh disita di bawah Akta ini; atau

(c)

mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa—

(a)

mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa dengan kehadiran seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadiran dan di bawah penyeliaan pegawai kanan cukai perkhidmatan itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai kanan cukai perkhidmatan itu, atau dibawa ke mana-mana pejabat atau balai polis di mana pegawai kanan cukai perkhidmatan itu boleh ditemui;

(b)

barang dan bagasi orang yang meminta dirinya hadir semasa barang dan bagasi itu diperiksa dan dia menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan

(c)

tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.

(3)

Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah

Cukai Perkhidmatan 91

diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.

(4)

Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa pelakuan kesalahan yang baginya dia boleh ditangkap sedemikian, atau selepas ditangkap dia melepaskan dirinya, dia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan diperlakukan seolah-olah dia telah ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan itu.

(5)

Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh menyebabkan supaya diambil gambar, kesan jari dan ibu jari dan apa-apa bentuk pengenalan lain yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(6)

Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan—

(a)

apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak;

(b)

apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan mana-mana penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak; atau

(c)

apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan mana-mana penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak.

(7)

Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (6) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak—

92

Undang-Undang Malaysia

(a)

jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang tertakluk padanya orang itu dilepaskan atau selainnya dibenarkan untuk dijamin telah atau berkemungkinan akan dimungkiri;

atau

(b)

apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu berkemungkinan akan memungkiri mana-mana syarat yang tertakluk padanya orang itu dilepaskan dan bahawa penjamin itu berhasrat untuk dilepaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.

Kuasa tambahan