Malaysia legislation

Section 65

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 65

Apa-apa perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa—

(a)

seseorang adalah atau tidak, pada mana-mana tarikh, didaftarkan di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa penyata atau perisytiharan tidak dikemukakan atau telah tidak dikemukakan pada mana-mana tarikh;

94

Undang-Undang Malaysia

(c)

apa-apa cukai perkhidmatan yang ditunjukkan sebagai genap masa dan kena dibayar dalam apa-apa penyata, perisytiharan atau taksiran tidak dibayar;

(d)

apa-apa penalti dan amaun penalti yang ditunjukkan sebagai terhutang daripada seseorang yang dinamakan dalam perakuan itu; atau

(e)

apa-apa ketetapan umum dibuat di bawah seksyen 41 atau ketetapan kastam dibuat di bawah seksyen 43, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu.

Keterangan ejen provokasi boleh diterima

Section 65 — SERVICE TAX ACT 2018 | mylaw.my