Malaysia legislation

Section 69

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 69

(2)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa sivil setakat amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar itu, atau penalti yang kena dibayar itu dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam segala hal sebagai suatu penghakiman muktamad mahkamah yang memihak kepada

Ketua Pengarah.

(3)

Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini menurut seksyen 85 berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.

Pemenjaraan kerana tidak membayar denda