Malaysia legislation
Section 69A
Seksyen 69A
Walau apa pun seksyen 283 dan 284 Kanun Tatacara Jenayah, tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang mencukupi untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh dalam apa-apa perihalan, yang pada pendapat mahkamah akan mencapai keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum yang berikut:
98
(a)
jika denda itu tidak melebihi lima ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah dua bulan;
(b)
jika denda itu melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah empat bulan;
(c)
jika denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah enam bulan, dengan dua bulan tambahan bagi tiap-tiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama denda itu.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang barangkali