Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 6

(2)

Tertakluk pada subseksyen (4), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinannya berhubung dengan perniagaan atau nilai pembekalan perkhidmatan oleh mana-mana orang kena cukai, yang pada bila-bila masa, selain bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarah—

Cukai Perkhidmatan 19

(a)

menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya kepada mana-mana orang; atau

(b)

membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau kepada apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya, melakukan suatu kesalahan.

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen (4) boleh dikehendaki untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

(4)

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa jua yang terkandung dalamnya, kepada Ketua Perangkaan

Jabatan Perangkaan Malaysia yang boleh dikehendaki dalam melaksanakan kewajipan rasminya.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa jua yang terkandung dalamnya kepada mana-mana orang lain.

20

Undang-Undang Malaysia

Section 6 — SERVICE TAX ACT 2018 | mylaw.my