Malaysia legislation
Section 71
Seksyen 71
(a)
meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menjejaskan amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan olehnya atau orang lain;
(b)
membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu dalam mana-mana penyata, perisytiharan, tuntutan atau permohonan;
(c)
memberikan apa-apa jawapan palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, kepada apa-apa soalan yang ditanyakan atau permintaan untuk mendapatkan maklumat yang dibuat di bawah Akta ini;
(d)
menyediakan atau menyenggarakan, atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan, apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun, invois atau rekod; atau
(e)
membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan.
(2)
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—
(a)
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai perkhidmatan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda amaun cukai perkhidmatan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
100
Undang-Undang Malaysia
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), jika amaun cukai perkhidmatan itu tidak boleh ditentukan, orang itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
(4)
Mana-mana orang yang membantu dalam, atau menasihati berkenaan dengan, penyediaan apa-apa penyata atau perisytiharan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mengakibatkan suatu kenyataan yang kurang benar terhadap tanggungan cukai perkhidmatan seorang yang lain, melainkan jika orang itu memuaskan hati mahkamah bahawa bantuan atau nasihat itu telah diberikan dengan penelitian yang munasabah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(5)
Apa-apa sebutan dalam perenggan (1)(e) berhubung dengan seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuklah sebutan mengenai seorang yang, tanpa kuasa pegawai cukai perkhidmatan—
(a)
memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;
(b)
memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer melalui apa-apa cara, data bagi maksud—
(i)
memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data lain yang disimpan di dalam komputer itu; atau
(ii)
mengusik, mengganggu, atau menghalang penggunaan secara sah komputer itu, atau data yang disimpan di dalam komputer itu; atau
(c)
selainnya menggunakan komputer,
Cukai Perkhidmatan 101
yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak cukai perkhidmatan.
(6)
Bagi maksud subseksyen (5), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau bahagian daripada suatu program komputer.
(7)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa pengelakan cukai perkhidmatan hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh itu.
Memberi maklumat tidak betul yang berhubungan dengan tanggungan terhadap cukai perkhidmatan