Malaysia legislation

Section 73

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 73

Mendapatkan pembayaran balik secara tidak wajar

Mana-mana orang yang menyebabkan atau cuba untuk menyebabkan pembayaran balik oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 10(4), 35(1) atau 38(1) kepada dirinya atau kepada mana-mana orang lain apa-apa amaun yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dibayar balik kepadanya atau kepada orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan 102

Undang-Undang Malaysia

(b)

dikenakan penalti dua kali ganda amaun yang dibayar balik yang melebihi amaun yang sepatutnya boleh dibayar balik.

Mendapatkan pemotongan cukai perkhidmatan secara tidak wajar