Malaysia legislation

Section 76

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 76

Mana-mana orang—

(a)

yang merupakan pekerja bagi orang kena cukai atau orang berdaftar asing atau orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 75 yang—

(i)

memegang untuk kegunaan dirinya sendiri atau selainnya apa-apa bahagian daripada amaun cukai perkhidmatan atau penalti yang dipungut di bawah

Akta ini;

(ii)

selain dengan suci hati, menuntut daripada mana-mana orang suatu amaun yang melebihi

104

Undang-Undang Malaysia apa-apa taksiran cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, atau penalti yang kena dibayar, di bawah Akta ini;

(iii)

mengemukakan apa-apa penyata, pernyataan atau laporan yang palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, bagi amaun cukai perkhidmatan atau penalti yang dipungut atau diterima olehnya di bawah

Akta ini; atau

(iv)

memfraud mana-mana orang, menggelapkan apa-apa wang, atau selainnya menggunakan kedudukannya untuk berurusan secara salah sama ada dengan Ketua

Pengarah atau mana-mana individu lain; atau

(b)

yang tidak diberi kuasa di bawah Akta ini yang memungut atau cuba untuk memungut apa-apa cukai perkhidmatan atau penalti di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Halangan

Section 76 — SERVICE TAX ACT 2018 | mylaw.my