Malaysia legislation

Section 82

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 82

(a)

memberikan notis mengenai penggulungan syarikat itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu berkuat kuasa atau perintah itu dibuat;

(b)

sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu, mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa

Cukai Perkhidmatan 109

cukai perkhidmatan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu; dan

(c)

membayar cukai perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (b).

(2)

Pelikuidasi mana-mana syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai perkhidmatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(c) hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.

(3)

Mana-mana pelikuidasi yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(4)

Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai pelikuidasi atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), kewajipan dan tanggungan yang dikenakan kepada seorang pelikuidasi di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua

Pengarah