Malaysia legislation

Section 92

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 92

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang yang disebut dalam subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan itu dibuat dan orang itu hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang itu berkuat kuasa dari hari itu.

(3)

Mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan sebelum tarikh efektif yang perkhidmatan itu merupakan perkhidmatan bercukai pada tarikh efektif dan telah membuat permohonan sebelum tarikh efektif kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai orang berdaftar di bawah Akta ini—

(a)

hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan mengikut seksyen 13 pada tarikh efektif, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai perkhidmatan bercukainya yang diberikan dalam bulan bagi tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 12(1); dan

Cukai Perkhidmatan 119

(b)

hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang itu berkuat kuasa dari tarikh efektif.

(4)

Mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai

Barang dan Perkhidmatan 2014 sebelum tarikh efektif dan memberikan perkhidmatan bercukai pada tarikh efektif—

(a)

hendaklah disifatkan telah didaftarkan mengikut seksyen 13

pada tarikh efektif, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai perkhidmatan bercukainya yang diberikan dalam bulan bagi tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 12(1); dan

(b)

hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang itu berkuat kuasa dari tarikh efektif.

Perjanjian berperingkat atau berkala