Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Penentuan nilai perkhidmatan bercukai
(a)
dalam hal perkhidmatan bercukai bagi—
(i)
penjualan barang oleh orang kena cukai kepada—
(A)
orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu, harga sebenar barang itu dijual; atau
(B)
orang yang berkaitan dengan orang kena cukai itu, harga bagi barang itu jika dijual dalam penjalanan biasa perniagaan kepada orang yang
Cukai Perkhidmatan 21
tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu;
atau
(ii)
pembekalan barang, jika barang itu dibekalkan secara percuma, harga bagi barang itu jika dijual dalam penjalanan biasa perniagaan kepada orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu;
(b)
dalam hal perkhidmatan bercukai, selain perkhidmatan bercukai yang dinyatakan dalam perenggan (a)—
(i)
yang diberikan oleh orang kena cukai kepada orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu—
(A)
nilai sebenar perkhidmatan bercukai yang diberikan itu; atau
(B)
dalam hal premium bagi polisi insurans, atau sumbangan takaful bagi sijil takaful, premium atau sumbangan takaful sebenar yang dibayar;
(ii)
yang diberikan oleh orang kena cukai kepada orang yang berkaitan dengan orang kena cukai itu, nilai perkhidmatan bercukai itu jika diberikan dalam penjalanan biasa perniagaan kepada orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu; atau
(iii)
jika perkhidmatan bercukai itu diberikan secara percuma, nilai perkhidmatan bercukai itu jika diberikan dalam penjalanan biasa perniagaan kepada orang yang tidak berkaitan dengan orang kena cukai itu;
(c)
dalam hal pertaruhan dan perjudian yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai, nilai pertaruhan dan perjudian itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan; atau 22
Undang-Undang Malaysia
(d)
dalam hal perkhidmatan bercukai diimport, nilai perkhidmatan bercukai diimport itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
(1A)
Walau apa pun perenggan (1)(a) dan (b), jika perkhidmatan bercukai diberikan oleh orang kena cukai dan pembayaran bagi perkhidmatan itu dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, nilai perkhidmatan bercukai itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
“barang” ertinya barang sebagaimana yang ditetapkan;
“orang yang berkaitan dengan orang kena cukai” ertinya orang yang berkaitan dengan orang kena cukai sebagaimana yang ditetapkan.
Kadar cukai perkhidmatan