/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn23-01-y2012/no-674

SIJIL JURUAUDIT KEPADA

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force

Quick answer

About this state subsidiary legislation

SIJIL JURUAUDIT KEPADA is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 674, currently marked in force.

(i)

Penyata Kewangan Kumpulan Wang Amanah Seratus Tahun tidak menyatakan mengenai piawaian perakaunan dan polisi perakaunan yang diguna pakai yang dijadikan sebagai asas penyediaan Penyata Kewangan.

Oleh itu, kami tidak dapat menjalankan pemeriksaan kami berdasarkan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia. Kami juga tidak dapat menentukan kesannya ke atas Penyata Kewangan dan ke atas sebarang percanggahan dengan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia, jika ada, sekiranya pihak pengurusan membuat pendedahan mengenai piawaian perakaunan yang digunakan dan polisi perakaunannya.

(ii)

Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai tidak disediakan oleh pihak pengurusan. Perkara ini adalah tidak sejajar dengan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia.

Pendapat

Tertakluk kepada penemuan audit di atas pada pendapat kami penyata kewangan telah disusun dengan wajar menurut peruntukan Akta Audit, 1957, Seksyen 60

Akta Kerajaan Tempatan, 1976, Akta Perbendaharaan dan Piawaian Laporan

Entiti Persendirian untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan Wang Amanah Seratus Tahun pada 31 Disember 2011 dan prestasi kewangan bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Laporan Mengenai Keperluan Perundangan dan Badan Pengawasan Lain

Suggest a correction
Suggest a correction

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Menurut keperluan dalam Akta Audit 1957, kami juga melaporkan bahawa pada pendapat kami, rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang dikehendaki oleh Akta-akta untuk disimpan oleh Kumpulan Wang Amanah Seratus Tahun telah disimpan dengan wajar menurut peruntukan Akta-akta tersebut. PULAU PINANG MNZWAJ ASSOCIATES Bertarikh 30 Ogos 2012 (No. AF001959) Akauntan Bertauliah (Malaysia) MUZAMMIL BIN HAFIZ 2075/07/12(J) Rakan Kongsi CAWANGAN ALOR SETAR Hakcipta Pencetak H atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).