(i)
Penyata Kewangan Kumpulan Wang Amanah Seratus Tahun tidak menyatakan mengenai piawaian perakaunan dan polisi perakaunan yang diguna pakai yang dijadikan sebagai asas penyediaan Penyata Kewangan.
Oleh itu, kami tidak dapat menjalankan pemeriksaan kami berdasarkan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia. Kami juga tidak dapat menentukan kesannya ke atas Penyata Kewangan dan ke atas sebarang percanggahan dengan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia, jika ada, sekiranya pihak pengurusan membuat pendedahan mengenai piawaian perakaunan yang digunakan dan polisi perakaunannya.
(ii)
Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai tidak disediakan oleh pihak pengurusan. Perkara ini adalah tidak sejajar dengan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia.
884
[13hb Okt. 2011
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Pendapat
Tertakluk kepada penemuan audit di atas pada pendapat kami penyata kewangan telah disusun dengan wajar menurut peruntukan Akta Audit, 1957, Seksyen 60
Akta Kerajaan Tempatan, 1976, Akta Perbendaharaan dan Piawaian Laporan
Entiti Persendirian untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan Wang Amanah Seratus Tahun pada 31 Disember 2010 dan prestasi kewangan bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.
Laporan Mengenai Keperluan Perundangan dan Badan Pengawasan Lain