Malaysia legislation

Section 2

of SIJIL KETUA AUDIT NEGARA

Seksyen 2

Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan Akta Kerajaan

Tempatan, 1976 berpandukan Standard Pengauditan Antarabangsa. Standard-standard tersebut mengkehendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada akaun Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (Kanan), Majlis Bandaraya Ipoh adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod-rekod secara semak uji, menyemak bukti-bukti yang menyokong angka-angka dan memastikan penzahiran yang mencukupi dalam akaun. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian akaun secara keseluruhan.

Section 2 — SIJIL KETUA AUDIT NEGARA | mylaw.my