Seksyen 2
Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan Seksyen 60 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 berpandukan Piawaian Pengauditan
Antarabangsa. Piawaian-piawaian tersebut mengkehendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Rendah), Majlis Bandaraya Ipoh adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod-rekod secara semak uji, menyemak bukti-bukti yang menyokong angka-angka dan memastikan penzahiran yang mencukupi dalam akaun. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian akaun kewangan secara keseluruhan.