Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
2
Penjejasan Aset
Amaun pembawa hartanah, loji dan peralatan dan pembangunan hartanah akan disemak bagi tujuan penjejasan nilai terdapatnya pentunjuk bahawa nilai aset mungkin akan terjejas. Penjejasan nilai dikira dengan membandingkan amaun pembawa aset dengan amaun boleh pulih aset tersebut. Kerugian daripada penjejasan nilai akan dicaj ke penyata pendapatan dengan serta merta kecuali aset-aset yang dibawa pada amaun yang telah dinilai, di dalam kes ini, kerugian daripada penjejasan nilai akan dianggap sebagai pengurangan penilaian.
Kenaikan seterusnya ke atas amaun boleh pulih aset tersebut akan diambil kira sebagai pembalikan terhadap penjejasan nilai sebelum ini dan diiktiraf setakat mana pembawa nilai aset tersebut telah ditentukan (bersih dari pelunasan dan susut nilai) sebelum sebarang penjejasan nilai diiktiraf ke penyata pendapatan dengan serta merta kecuali aset-aset yang dibawa pada amaun yang telah dinilai semula di dalam kes ini, pembalikan kerugian penjejasan akan dianggap sebagai kenaikan penilaian.