Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. Piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada Akaun adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod dan dokumen secara semak uji dan bagi memastikan ketetapan angka dan pendedahan yang mencukupi dalam Akaun. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip perakaunan yang digunakan, unjuran signifikan oleh pengurusan dan persembahan Akaun secara keseluruhan.
Saya percaya pengauditan yang dilaksanakan memberi asas yang munasabah terhadap pendapat saya.