Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan
Piawaian Pengauditan yang diluluskan. Piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada Penyata Kewangan adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod dan dokumen secara semak uji dan memastikan ketepatan angka dan pendedahan yang mencukupi dalam
Penyata Kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip perakaunan yang digunakan, unjuran signifikan oleh pengurusan dan persembahan Penyata Kewangan secara keseluruhan. Saya percaya pengauditan yang dilaksanakan memberi asas yang munasabah terhadap pendapat saya.