Malaysia legislation
Section 16
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 3D 2011
Seksyen 16
Syarat am
(1)
Pemegang lesen boleh, menurut budi bicaranya dan pada bila-bila masa, menolak untuk membayar balik mana-mana resit tiket yang dijual atau menerima mana-mana resit tiket yang dikembalikan untuk ditukar kepada resit tiket yang lain.
(2)
Pemegang lesen boleh, menurut budi bicaranya dan pada bila-bila masa, menarik kembali atau enggan mengeluarkan, mengedarkan, mengesahkan, menebus atau sebaliknya menerima semua atau mana-mana bahagian daripada mana-mana resit tiket atau mengisytiharkan mana-mana resit tiket sebagai terbatal.
(3)
Jualan resit tiket kepada dan pembelian resit tiket oleh mana-mana orang hendaklah mengikut subseksyen 20(1) Akta.
(4)
Pemegang lesen tidak bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang akibat daripada operasi sistem dalam talian atau kegagalan sistem dalam talian untuk beroperasi sewajarnya atau sama sekali.
(5)
Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam SABAH 3D hendaklah dianggap telah menerima dan hendaklah terikat dengan peruntukan Skim ini.
Dikemukakan kepada Menteri Kewangan oleh Pengarah Diriwan Corporation Sendirian
Berhad pada 2 Julai 2001.
P.U. (B) 311 15
TAN SRI DATO’ YAP YONG SEONG
Pengarah
Diriwan Corporation
Sendirian Berhad Kuala Lumpur