Malaysia legislation
Section 7
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 3D 2011
Seksyen 7
(1)
Resit tiket bagi Pertaruhan 3D hendaklah dikeluarkan dan dijual di premis yang ditetapkan dalam lesen sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dalam subperenggan 4(2).
(2)
Resit tiket Pertaruhan 3D hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
SABAH 3D;
(b)
Quick Pick atau Pertaruhan PAU (jika berkenaan);
(c)
nombor ramalan dan taruhan;
(d)
nombor cabutan dan tarikh cabutan;
(e)
harga;
(f)
kod pengenalan dan kod keselamatan; dan
(g)
maklumat lain yang berkaitan.
(3)
Pemegang lesen atau ejennya boleh mengeluarkan resit tiket secara manual untuk dijual di mana keadaan mewajarkannya.
P.U. (B) 311 8
(4)
Bagi maksud subperenggan (3), pengeluaran sedemikian hendaklah dihadkan kepada premis yang ditetapkan dalam lesen sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dalam subperenggan 4(2).
Budi bicara mutlak pemegang lesen