Malaysia legislation
Section 10
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 4D 2011
Seksyen 10
(1)
Cabutan 4D hendaklah dijalankan pada setiap Rabu, Sabtu dan Ahad, atau pada hari lain yang ditentukan oleh Menteri, di tempat dan pada masa yang ditetapkan.
(2)
Setiap cabutan hendaklah mempunyai satu nombor cabutan yang hendaklah dicetak pada resit tiket.
(3)
Pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan atau mengubah bilangan cabutan.
(4)
Apabila sesuatu cabutan tidak dapat diadakan pada tarikh yang ditetapkan, cabutan hendaklah diadakan apabila keadaan mengizinkan.
(5)
Apabila pemegang lesen memutuskan untuk tidak menjalankan sesuatu cabutan, semua pertaruhan yang ditempah bagi cabutan tersebut hendaklah dibayar balik kepada peserta dalam tempoh yang munasabah.
(6)
Pembayaran balik hendaklah dibuat apabila peserta mengemukakan resit tiket yang sah kepada pemegang lesen atau ejennya.
(7)
Pemegang lesen hendaklah mencabut secara rawak dua puluh tiga nombor 4-angka, dari 0000 hingga 9999 dan nombor yang dicabut adalah dirujuk sebagai nombor kemenangan. Pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Menteri, mengubah bilangan nombor kemenangan.
(8)
Dalam keadaan di mana nombor yang dicabut tidak membentuk suatu nombor 4-angka, ia hendaklah dicabut semula sehingga suatu nombor 4-angka terbentuk.
P.U. (B) 309 10
(9)
Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan masalah teknikal, pemegang lesen hendaklah menyambungkan semula proses cabutan apabila keadaan mengizinkan. Dalam hal itu, semua nombor yang dicabut sebelumnya hendaklah diakui sebagai nombor kemenangan bagi semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah khususnya bagi Cabutan 4D tersebut.
(10)
Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan bencana alam, apa-apa kejadian yang berlaku secara kebetulan, atau force majeure yang mengakibatkan kehilangan rekod, dan oleh sebab penamatan proses cabutan tersebut memerlukan cabutan dimulakan semula, proses cabutan yang terdahulunya hendaklah dibatalkan untuk semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah.
(11)
Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kesilapan yang dibuat dalam penerbitan nombor kemenangan dalam apa jua perantara dan adalah tidak bertanggungan dalam apa jua cara terhadap mana-mana orang bagi apa-apa kerugian yang dialami yang disebabkan kesilapan itu.
(12)
Sijil hendaklah diakui dan dianggap sebagai rekod rasmi tunggal dan adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas pihak.
Hadiah dan nombor kemenangan