Malaysia legislation
Section 12
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH BIG SWEEP 2011
Seksyen 12
Hadiah yang ditawarkan bagi kategori hadiah bagi setiap cabutan mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan kepadanya.
(a)
Snowballing―
(i)
Snowballing akan hanya terpakai dalam keadaan di mana tiada pemenang dalam hadiah jackpot tersebut bagi cabutan semasa, dan wang hadiah tersebut akan dibawa ke hadapan dan ditambah kepada hadiah jackpot yang berikutnya di dalam cabutan yang berikut.
Snowballing hendaklah diteruskan sehingga hadiah jackpot tersebut dimenangi.
(ii)
Snowballing adalah terpakai untuk kategori hadiah jackpot bagi
SUPER SWEEP dan MEGA SWEEP.
(b)
Hadiah tetap―
(i)
Amaun hadiah hendaklah berdasarkan pada satu kuantum tetap.
(ii)
Pemegang lesen boleh mengubah amaun hadiah tetap yang dibayar di bawah subperenggan 11(3) hingga 11(5) dari semasa ke semasa di mana bersesuaian, dan semua keputusan tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas semua pemenang.
(iii)
Pemegang lesen hendaklah mempunyai budi bicara untuk menambah atau mengurangkan kategori hadiah dan bilangan hadiah dari semasa ke semasa, di mana bersesuaian.
P.U. (B) 310 18
(c)
Hadiah jackpot―
(i)
Amaun hadiah hendaklah diperoleh daripada suatu peratusan pungutan jualan atau suatu kuantum tetap.
(ii)
Amaun hadiah yang dibayar di bawah subsubperenggan 11(4)(a)(ii) dan 11(5)(a)(ii) boleh diubah oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa, di mana bersesuaian, dan semua keputusan tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas semua pemenang.
Pembayaran wang hadiah