Malaysia legislation

Section 2

of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH BIG SWEEP 2011

Seksyen 2

Dalam Skim ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“Akta” ertinya Akta Pertaruhan Pool 1967 [Akta 384];

“digit” ertinya suatu integer bukan negatif daripada sifar hingga sembilan;

“bahagian pasif” ertinya bahagian resit tiket pracetak atau cetakan daripada sistem dalam talian yang terdiri daripada Nombor Pasif dan Nombor Bonus;

“bahagian serta-merta” ertinya bahagian resit tiket pracetak yang terdiri daripada nombor atau huruf atau aksara atau simbol atau mana-mana kombinasi seumpama yang akan ditentukan oleh pemegang lesen sebagai melayakkan peserta untuk hadiah serta-merta;

“BIG SWEEP” ertinya SABAH BIG SWEEP;

“cabutan” ertinya nombor kemenangan yang dipilih secara rawak oleh pemegang lesen;

“Cabutan BIG SWEEP” ertinya cabutan nombor daripada peralatan cabutan di bawah Skim ini;

P.U. (B) 310 3

“ejen” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh pemegang lesen, termasuk mana-mana pekerjanya, untuk menjalankan apa-apa transaksi kewangan berhubungan dengan

Pertaruhan BIG SWEEP;

“harga” ertinya jumlah pertaruhan yang dibayar oleh peserta kepada pemegang lesen atau ejennya dan termasuk cukai, jika ada;

“kod keselamatan” ertinya apa-apa bentuk kod yang tertera pada resit tiket bagi tujuan kawalan keselamatan;

“kod pengenalan” ertinya suatu kombinasi abjad dan angka nombor kawalan yang unik yang dicetak pada resit tiket atau apa-apa cara pengenalan lain yang ditentukan oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“mesej pengesahan” ertinya mesej yang dipapar pada skrin paparan atau mana-mana perantaraan lain sistem dalam talian;

“Nombor Bonus” ertinya nombor tambahan yang tertera pada resit tiket untuk dipadankan dengan nombor tambahan yang dicabut;

“nombor cabutan” ertinya nombor yang ditetapkan oleh pemegang lesen untuk

Cabutan BIG SWEEP;

“nombor kemenangan” ertinya nombor yang dicabut untuk cabutan BIG SWEEP yang berkaitan;

“Nombor Pasif” ertinya nombor yang dipracetak atau yang dihasilkan oleh sistem dalam talian pada resit tiket;

P.U. (B) 310 4

“nombor ramalan” ertinya nombor yang dipilih oleh peserta atau ditentukan oleh sistem dalam talian bagi pihak peserta dan dicetak pada resit tiket;

“orang” ertinya mana-mana individu, persatuan, perbadanan, kelab, syarikat atau perkongsian;

“pembawa” ertinya mana-mana orang yang memiliki resit tiket;

“pemegang lesen”

ertinya

Diriwan

Corporation

Sendirian

Berhad

(No. Syarikat 163249-X);

“pemenang” ertinya mana-mana pembawa resit tiket kemenangan;

“Permainan BIG SWEEP” ertinya mana-mana kombinasi dan variasi berhungan dengan MINI SWEEP, SUPER SWEEP dan MEGA SWEEP;

“Pertaruhan BIG SWEEP” ertinya pertaruhan yang ditempah dalam Permainan

BIG SWEEP;

“peserta” ertinya mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam Pertaruhan

BIG SWEEP dengan membeli resit tiket, termasuk orang yang menuntut hadiah;

“pungutan jualan” ertinya pungutan kumulatif pertaruhan bagi setiap cabutan, tidak termasuk cukai jualan, yang diperoleh daripada Permainan BIG SWEEP masing-masing;

“Quick Pick” ertinya nombor ramalan yang dipilih secara rawak oleh sistem dalam talian dan resit tiket yang dikeluarkan dengan cara ini hendaklah dipanggil tiket

Quick Pick;

“resit tiket” ertinya tiket BIG SWEEP yang dikeluarkan oleh pemegang lesen dan dibeli oleh peserta;

P.U. (B) 310 5

“Sijil” ertinya dokumen rasmi keputusan cabutan yang merekodkan nombor kemenangan untuk Cabutan BIG SWEEP tertentu yang disahkan oleh pemegang lesen;

“sistem dalam talian” ertinya sistem berkomputer pemegang lesen bagi mengendalikan Pertaruhan BIG SWEEP, termasuk peralatan lain yang diluluskan oleh pemegang lesen;

“Skim” ertinya Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan

Pertaruhan SABAH BIG SWEEP;

“slip taruhan” ertinya slip kertas yang digunakan oleh peserta bagi menyertai

Pertaruhan BIG SWEEP melalui sistem dalam talian atau sistem lain yang seumpamanya yang dianggap sesuai oleh pemegang lesen;

“taruhan” ertinya jumlah wang yang ingin dipertaruhkan oleh seorang peserta pada pemilihannya;

“terminal” ertinya mana-mana mesin atau peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan dan mengesahkan resit tiket bagi Pertaruhan BIG SWEEP;

“tiket kemenangan” ertinya resit tiket yang mengandungi mana-mana nombor ramalan yang sepadan dengan nombor kemenangan; dan

“unit pertaruhan” ertinya amaun yang ditentukan oleh pemegang lesen sebagai pertaruhan minimum bagi setiap nombor ramalan, tidak termasuk cukai kerajaan yang hendaklah ditanggung oleh peserta.

Section 2 — SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH BIG SWEEP 2011