Malaysia legislation

Section 10

of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH LOTTO 2011

Seksyen 10

(1)

Cabutan LOTTO hendaklah dijalankan pada setiap Rabu, Sabtu dan Ahad, atau pada hari lain yang ditentukan oleh Menteri, di tempat dan pada masa yang ditetapkan.

(2)

Setiap cabutan hendaklah mempunyai satu nombor cabutan yang hendaklah dicetak pada resit tiket.

(3)

Pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan atau mengubah bilangan cabutan.

(4)

Apabila sesuatu cabutan tidak dapat diadakan pada tarikh yang ditetapkan, cabutan hendaklah diadakan apabila keadaan mengizinkan.

(5)

Apabila pemegang lesen memutuskan untuk tidak menjalankan sesuatu cabutan, semua pertaruhan yang ditempah bagi cabutan tersebut hendaklah dibayar balik kepada peserta dalam tempoh yang munasabah.

(6)

Pembayaran balik hendaklah dibuat apabila peserta mengemukakan resit tiket yang sah kepada pemegang lesen atau ejennya.

(7)

Dalam cabutan LOTTO 6/49―

(a)

pemegang lesen hendaklah mencabut secara rawak satu kelompok enam Nombor Utama dan satu Nombor Bonus daripada satu set empat puluh sembilan nombor yang unik dan nombor yang dicabut dirujuk sebagai nombor kemenangan; dan

P.U. (B) 308 11

(b)

tidak akan ada apa-apa kejadian satu nombor cabutan yang sama seperti satu Nombor Utama dan Nombor Bonus dalam cabutan

LOTTO 6/49 yang sama.

(8)

Dalam cabutan LOTTO 6/45―

(a)

pemegang lesen hendaklah mencabut secara rawak satu kelompok enam Nombor Utama dan satu Nombor Bonus daripada satu set empat puluh lima nombor yang unik dan nombor yang dicabut dirujuk sebagai nombor kemenangan; dan

(b)

tidak akan ada apa-apa keadaan di mana terdapat satu nombor cabutan yang sama sebagai Nombor Utama dan Nombor Bonus dalam cabutan LOTTO 6/45 yang sama.

(9)

Dalam cabutan LOTTO 6/42―

(a)

pemegang lesen hendaklah mencabut secara rawak satu kelompok lima Nombor Utama daripada satu set empat puluh dua nombor yang unik dan satu Nombor Bonus daripada satu set empat puluh dua nombor unik yang lain, dan nombor yang dicabut dirujuk sebagai nombor kemenangan; dan

(b)

nombor Bonus yang dicabut boleh sama dengan mana-mana

Nombor Utama yang dicabut.

(10)

Dalam cabutan LOTTO 7―

(a)

pemegang lesen hendaklah mencabut secara rawak tiga kelompok nombor, setiap kelompok terdiri daripada enam Nombor Utama dan satu Nombor Bonus;

P.U. (B) 308 12

(b)

enam Nombor Utama hendaklah masing-masing dicabut daripada enam set sepuluh nombor yang unik dalam setiap set, manakala

Nombor Bonus daripada satu set dua puluh enam nombor yang unik dan nombor yang dicabut dirujuk sebagai nombor kemenangan; dan

(c)

dalam keadaan cabutan Nombor Utama tidak lengkap, cabutan semula hendaklah dibuat.

(11)

Dalam cabutan LOTTO 6―

(a)

pemegang lesen hendaklah mencabut secara rawak lima kelompok nombor, setiapnya terdiri daripada lima Nombor Utama dan satu

Nombor Bonus;

(b)

lima Nombor Utama hendaklah masing-masing dicabut daripada lima set sepuluh nombor yang unik dalam setiap set, manakala

Nombor Bonus daripada satu set dua puluh enam nombor yang unik dan nombor yang dicabut dirujuk sebagai nombor kemenangan; dan

(c)

dalam keadaan cabutan Nombor Utama tidak lengkap, cabutan semula hendaklah dibuat.

(12)

Dalam cabutan LOTTO 5―

(a)

pemegang lesen hendaklah mencabut secara rawak lapan kelompok nombor, setiapnya terdiri daripada empat Nombor

Utama dan satu Nombor Bonus;

(b)

empat Nombor Utama hendaklah masing-masing dicabut daripada empat set sepuluh nombor yang unik dalam setiap set, manakala

Nombor Bonus daripada satu set dua puluh enam nombor yang

P.U. (B) 308 13

unik dan nombor yang dicabut dirujuk sebagai nombor kemenangan; dan

(c)

dalam keadaan cabutan Nombor Utama tidak lengkap, cabutan semula hendaklah dibuat.

(13)

Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan masalah teknikal, pemegang lesen hendaklah menyambungkan semula proses cabutan apabila keadaan mengizinkan. Dalam hal itu, semua nombor yang dicabut sebelumnya hendaklah diakui sebagai nombor kemenangan bagi semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah khususnya bagi Cabutan LOTTO tersebut.

(14)

Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan bencana alam, apa-apa kejadian yang berlaku secara kebetulan atau force majeure yang mengakibatkan kehilangan rekod, dan oleh sebab penamatan proses cabutan tersebut memerlukan cabutan dimulakan semula, proses cabutan yang terdahulunya hendaklah dibatalkan untuk semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah.

(15)

Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kesilapan yang dibuat dalam penerbitan nombor kemenangan dalam apa jua perantara dan adalah tidak bertanggungan dalam apa jua cara terhadap mana-mana orang bagi apa-apa kerugian yang dialami yang disebabkan kesilapan itu.

(16)

Sijil hendaklah diakui dan dianggap sebagai rekod rasmi tunggal dan adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas pihak.

Hadiah dan nombor kemenangan

Section 10 — SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH LOTTO 2011